Interflour Malaysia
Resipi
Resipi > Sarawak Flour Mill > Mi > Mi Buatan Tangan
Mi Buatan Tangan

Bahan :
TEPUNG GANDUM BAKERS' CHOICE 500g
Telur 1 biji
Garam 5g
Air 180g
Cara-Cara :
- Dalam bekas besar, masukkan tepung, garam, telur dan air, uli adunan sehingga adunan tidak melekat pada tangan. Kemudian terus menguli selama beberapa minit.
- Tutupkan adunan dengan kain lembap dan rehatkan selama 30 minit.
- Bahagikan adunan menjadi 8 bahagian yang sama. Gulungkan setiap bahagian dengan menggunakan penggelek kayu sehingga adunan menjadi segi empat tepat. Biarkan adunan rehat, kira-kira 10 minit.
- Selepas itu, gulung doh dengan ketebalan mi citarasa anda dengan menggunakan penggelek kayu atau mesin mi manual.
- Potong mi dengan menggunakan mesin pembuat mi manual atau anda boleh memotongnya menjadi jalur nipis dengan pisau. Taburkan tepung ke permukaan sebelum mengambil mi.
- Masak mi selama kira-kira 3 - 5 minit bergantung kepada saiz dan ketebalan mi anda.




